Berita

MAIWP serah sumbangan bantu baiki masjid, sekolah

MOHD. RADZALEIH (kanan) menyerahkan sumbangan sebanyak RM6,000 kepada Hamir (tengah) bagi membaiki Masjid Ar Rahman, Kampung Sungai Lada, Labuan.
- Diterbit 16 Januari 2020 12:00 PM MYT

DAKWAH. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyerahkan bantuan sumbangan berjumlah RN23,000 di bawah Skim Bantuan kepada tiga buah surau iaitu Masjid Nur Iman, Kampung Ganggarak; Masjid Sirajul Islam, Kampung Tanjung Aru dan Masjid Ar Rahman, Kampung Sungai Lada pada 7 Januari lalu.

Penyerahan bantuan disampaikan Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan, Mohd. Radzaleih Matusin.

Turut hadir, Ketua Unit Pembangunan Ummah MAIWP Labuan, Mohd. Rozi Ambran; Pengerusi Masjid Nur Iman Kampung Ganggarak, Ali Han; Pengerusi Masjid Sirajul Islam Kampung Tanjung Aru, Abdullah Arsat dan Pengerusi Masjid Ar Rahman Kampung Sungai Lada, Hamir Mohamad.

Bantuan tersebut bertujuan membantu agensi seperti masjid, surau, sekolah, pertubuhan, persatuan, badan dakwah, badan kebajikan serta institusi pengajian tinggi menjalankan aktiviti dakwah, membina atau membaik pulih bangunan serta menjalankan program yang memberi faedah kepada umat Islam.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas