Berita

Membina kecemerlangan pelajar B40 SAMBEST

SUKARELAWAN dan peserta bergambar kenangan pada program ‘Escape the Ordinary’ yang melibat pelajar SAMBEST, Subang Jaya, Selangor.
- Diterbit 16 Januari 2020 2:03 PM MYT

KEYAKINAN. Bagi memenuhi hasrat Dasar Komuniti Negara, sekumpulan mahasiswa tahun kedua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mengadakan program ‘Escape the Ordinary’.

Program yang merupakan amali untuk kursus Dakwah Dalam Kelompok Minoriti itu melibatkan lebih 100 orang pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST), Subang Jaya, Selangor.

Penyelaras program yang juga pensyarah kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Dr. Nur Shahidah Pa’ad berkata, peserta yang terlibat adalah dari keluarga kategori B40 yang telah dikenal pasti pihak sekolah.

Pada program itu, nilai-nilai keagamaan dan moral diterapkan selain sokongan secara langsung dalam aspek pembangunan kecemerlangan diri.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas