Sebaran mesej dakwah perlukan modal, Daqmie bertuah kerana JM

Sebaran mesej dakwah perlukan modal, Daqmie bertuah kerana JM

PENYANYI nasyid Daqmie mengaku agak sukar untuk dirinya meyampaikan karya dan dakwah melalui lagu tanpa modal yang mencukupi.

Baginya, sesebuah karya yang bagus bukan hanya bergantung kepada produksi, media dan strategi pemasaran, malah modal atau faktor kewangan memainkan peranan yang sangat penting.

“Sepanjang tempoh pandemik, boleh dikatakan saya hasilkan dua buah lagu sebulan dan menyanyikannya sendiri. Kalau nak minta penyanyi lain nyanyi, sudah tentu ia akan melibatkan kos.

“Saya teruskan semua ini. Dalam masa yang sama saya mohon kepada Allah. Iyalah saya akui, saya hanya tahu pasal production. Sahabat saya Azmi pula terlibat dalam media dan pemasaran. Semua ini sama penting.

“Saya selalu cakap pada Azmi, siapalah yang agaknya faham kami punya direction dan apa yang kami mahukan iaitu menyampaikan mesej (dakwah) melalui lagu- lagu yang dihasilkan.

“Ini kerana, sukar hendak pergi jauh jika tiada modal mencukupi untuk mempromosi album terbaharu Kasih Dan Rindu,” katanya pada sidang media pelancaran Box Kasih & Rindu Aura Rezeki di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

PELANCARAN Box Kasih & Rindu Aura Rezeki

Daqmi juga berasa bertuah apabila pemilik produk Aura Rezeki, Julinda Miswan atau lebih dikenali sebagai JM, sudi bekerjasama untuk menghasilkan Box Kasih & Rindu Aura Rezeki.

Box ini memuatkan garam mandian dengan wangian keluaran khas, pamplet dan QR Code dimana pembeli boleh scan untuk mendapatkan lagu.

“Bila saya borak dengan JM, dia suruh saya buat satu lagu, tapi saya fikir macam tak berbaloi kalau hanya satu lagu. Jadi saya buat album.

“Saya kena fikir sesuatu yang boleh bagi impak kepada JM dan juga saya.

“Tiba-tiba saya tengok status ‘semangat’ di akaun Facebook JM. Saya pun cakaplah saya nak sambut semangat JM ni. Kemudian saya hantar proposal dan alhamdulillah JM terima,” jelas Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap,50.

DAQMIE rasa bertuah apabila niatnya mahu sebarkan lagu dakwah tercapai apabila turut disokong oleh pihak Aura Rezeki.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album Kasih & Rindu ialah Doa Pagi Dan Petang, Doa Ibu Bapa, Kasih Yang Dirindu, Keluarga Aura Rezeki, Selawat Dan Salam, Subhanallah dan banyak lagi.

Dengar, hayati dan segarkan diri. Itulah keistimewaan dan keunikan Box Kasih & Rindu Aura Rezeki yang dihasilkan khas sempena edisi Maulidur Rasul.

Biarpun dihasilkan dalam masa yang singkat, projek ini berjalan lancar dan disiapkan menepati deadline yang ditetapkan.

“Jadi, ada tiga bulan sahaja perjalanan. Bila dah dapat lampu hijau, saya pun mulakan produksi. Untuk produksi lagu saya yang buat manakala produksi garam mandian pula dilakukan oleh Aura Rezeki,” katanya.

Menurut bekas anggota kumpulan East dan Barongan ini lagi, semua lagu yang ditampilkan adalah lagu baharu kerana dengan cara ini, ia boleh diguna pakai tanpa perlu minta kebenaran daripada pemilik sebelumnya.

“Lagu baru senang untuk dikendalikan. Yang keduanya antara sebab saya buat ialah, semasa itu (Perintah kawalan Pergerakan) kita semua tiada kerja. Pemuzik tiada kerja dan sangat terkesan.

“Bila kita ada produksi, kita kongsi-kongsilah dengan rakan-rakan. Sebenarnya rezeki dari projek ini bukan untuk saya seorang sahaja tapi ramai yang dapat.

“Ada lebih kurang lima keluarga yang berjaya menyelesaikan masalah kewangan untuk projek ini. Lima keluarga ini kalau bilangan ahli keluarganya tiga orang, sudah 15 orang yang dibantu,” jelasnya lagi.

JM berharap masyarakat mendapat manfaat daripada Box Kasih & Rindu Aura Rezeki.

Sementara itu, JM, 44, yang mempunyai pengalaman lebihi 20 tahun dalam bidang perniagaan, turut gembira dapat bekerjasama dengan Daqmie.

“Daqmie seorang yang kreatif dan apabila dia menyarankan projek ini, saya terus bersetuju kerana ada manfaatnya terhadap kedua- dua belah pihak.

“Saya juga mengharapkan agar penyokong kami dapat memberi sokongan padu terhadap projek ini kerana ia menampilkan konsep baru kepada mereka,” katanya yang merupakan Ketua Pegawai Operas di JMV Global Sdn Bhd dan Pengasas Aura Rezeki, manakala suaminya, Jamaludin Sulaiman bertindak sebagai COO JMV Global Sdn Bhd.

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan Box Kasih & Rindu Aura Rezeki menerusi Instagram @aurarezekimalaysia dan @aurarezekioffcial– WILAYAHKU

 

 

CATEGORIES