Selebriti

Sejuta ‘subscribers’ di YouTube.. “Terima kasih semua” – Siti Nurhaliza

- Diterbit 13 Oktober 2021 1:25 AM MYT

BINTANG nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila saluran YouTube miliknya kini diikuti sejuta pelanggan (subscriber).

Dalam hantarannya di Instagram (IG), Siti berharap lebih banyak lagi kandungan dapat dikongsinya menerusi YouTube.

“Alhamdulillah, saluran YouTube Siti Nurhaliza bermula pada 25 Januari 2017 dan hari ini, 12 Oktober 2021, sudah mencapai sejuta ‘subscribers’.

“Genap empat tahun sembilan bulan, YouTube ini menjadi medan perkongsian karier, aktiviti dan kehidupan saya.

“Terima kasih kepada semua subscribers YouTube Siti Nurhaliza, semoga lebih banyak kandungan video dapat saya kongsikan pada hari-hari ke hadapan ini,” tulisnya.

Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini juga meluahkan rasa teruja untuk membuat video unboxing Gold Play Button yang kini dalam perjalanan dari Amerika Syarikat ke Malaysia.

“Terima kasih juga kepada pihak YouTube dan Google yang banyak memberikan kerjasama. Tak sabar nak buat unboxing Gold Play Button yang masih dalam perjalanan dari Amerika Syarikat ke Malaysia.

Gold Play Button adalah plat penghargaan yang diberikan YouTube kepada pembuat kandungan yang mencecah jumlah ‘subscribers’ sebanyak sejuta.

“Saya kongsikan videonya nanti. Jangan lupa terus menyokong saluran YouTube saya. Like, comment and subscribe!” tulis pelantun lagu Siapa Tak Mahu itu lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas