Berita

“Saya pakai tudung bukan paksaan” – Mia Sara kecewa disuruh buka tudung

|MIA Sara bersama pengasas produk De'Xandara dan duta-duta yang lain|ERNAYANE menampilkan produk target golongan remaja melalui De'Xandara Youth
- Diterbit 11 Januari 2021 6:06 AM MYT

PELAKON Mia Sara Nasuha, 16, mengaku kecewa dengan beberapa pihak yang memintanya supaya tidak mengenakan tudung demi memenuhi kehendak watak.

Tawaran tersebut dianggap tidak masuk akal buat Mia kerana dia ikhlas mengambil keputusan untuk bertudung Sejak usia 11 tahun lagi.

“Tidak saya nafikan apabila mula mengenakan tudung, tawaran yang datang kurang berbanding dulu. 

“Malah baru-baru ini ada tawaran yang meminta saya untuk buka tudung setelah diberitahu mengenai karektor watak yang ditawarkan.

“Banyak perkara sedemikian berlaku lebih-lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan.

“Jadi bila jarang muncul di kaca televisyen, ada yang ingat saya sudah tidak berlakon lagi. Apa pun, saya harap mereka menghormati keputusan saya yang berhijab. Saya pakai tudung pun bukanlah atas paksaan mana-mana pihak,” katanya kepada Wilayahku pada majlis pelancaran De’Xandra Youth Live Launch di Kuala Lumpur, Jumaat lalu. 

Akui diri tidak sepopular dulu, Mia Sara tidak pernah patah semangat malah sentiasa berusaha untuk bersaing secara sihat dalam industri seni.

MIA Sara bersama pengasas produk De’Xandara, Ernayaee dan duta-duta yang lain

Terbaru, Mia Sara dilantik sebagai duta  De’Xandra Youth yang kembali menaikkan namanya. 

“Saya gemar teroka dan cuba dunia baru. Semoga projek bersama De’Xandra ini dapat buka mata dan secara tak langsung memberitahu semua bahawa saya masih ada dalam industri.

“Malah, pihak mereka juga sudah merancang pelbagai perkara, misalnya menghasilkan muzik video dan sebagainya.

“Jadi itu antara sebab yang memanggil saya untuk bersama-sama selebriti lain terlibat dalam projek ini.

“Tidaklah orang kata saya hanya berlakon sahaja. Tapi juga ada perkara lain yang saya lakukan,” katanya yang turut aktif memuat naik video di YouTube.

ERNAYANEE menampilkan produk target golongan remaja melalui De’Xandara Youth

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi berpandangan jauh seterusnya mengharapkan agar segmen wangian terbaru ini mendapat tempat di kalangan pembeli sasarannya.

“Rangkaian ini memberi fokus kepada golongan remaja dan buat pertama kali, kami memperkenalkan siri wangian body mist yang mempunyai lima bauan berbeza.

“Idea menghasilkan body mist ini timbul selepas adanya permintaan daripada golongan berkenaan yang mahukan sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak mereka di bawah jenama kami,” katanya.

Selain Mia, empat duta lain yang turut sama dipilih ialah Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Koh Wen Wei. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas