Berita

Tidak tahu adik belikan Vellfire, Zoey Rahman nafi kejar publisiti murahan

Achey dan Saharul Ridzwan|GIMIK pelancaran Palut's Superhero meriah!|ZOEY seronok bekerjasama dengan pengasas Palut's Superhero dan artis-artis lain
- Diterbit 10 Januari 2021 11:19 PM MYT

PELAKON Zoey Rahman menepis dakwaan yang menyatakan stafnya dari Mika Series menghadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Toyota Vellfire bernilai lebih RM300,000.

Menurut Zoey atau nama  sebenarnya Mohd. Hairey Abd Rahman, 36, pembelian kereta itu diluluskan oleh adiknya sendiri iaitu Haziqzuddin Abdul Rahman. 

Zoey berkata, selain dirinya, adiknya jugak merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat yang mengusahakan produk set kecantikan kosmetik tersebut.

“Kenyataan yang keluar dalam media sebelum ini mengatakan kereta berkenaan dihadiahkan oleh staf saya adalah tidak betul sama sekali

“Saya tidak tahu pun adik yang luluskan sejumlah wang untuk membeli kenderaan pelbagai guna tersebut. Apabila saya dapat tahu, marah juga tetapi saya sedar niat dia baik.

“Lagipun kenderaan tersebut akan digunakan untuk kegunaan syarikat juga seperti urusan mengangkut barang dan sebagainya,” katanya kepada Wilayahku yang ditemui pada majlis pelancaran Palut’s Superhero semalam di Ijok, Selangor.

ZOEY (Kiri) ketika sidang media pelancaran produk makanan Palut’s Superhero bersama pengasasnya Ridzuan Ansar, Achey dan Saharul Ridzwan

Pada majlis tersebut, turut hadir adalah Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Palut’s Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar dan dua rakan bisnes lain iaitu selebriti Saharul Ridzwan  dan  Achey.

Menjawab tentang dakwaan kononnya Zoey melakukan gimik dan sengaja mahu meraih publisiti murahan, Zoey lebih selesa untuk tidak memikirkkannya.

“Saya tahu ada netizen yang mengecam atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri. Padahal memang saya tidak tahu langsung kejutan yang mahu diberikan.

“Saya jadikan cacian mereka sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan. Saya cuma pekakkan telinga sahaja apabila dicaci. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Terdahulu, dilaporkan Zoey dihadiahkan Toyota Vellfire oleh kakitangan syarikatnya bernilai sekitar RM300,000.

GIMIK pelancaran Palut’s Superhero meriah!

Selain menguruskan syarikat produk kesihatan dan kosmetik , Mika Series Zoey juga adalah rakan bisnes dalam jenama Palut’s Superhero mewakili Banana Sangrai Crispy.

“Perniagaan makanan adalah antara produk yang sesuai dijual ketika kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tambahan pula, saya sudah mencuba banyak kali Banana Sangrai Crispy yang sedap ini sebelum mengambil keputusan untuk menjadi rakan bisnes. 

ZOEY seronok bekerjasama dengan pengasas Palut’s Superhero dan artis-artis lain

“Terima kasih kepada pengasas Palut’s Superhero, Ridzuan Ansar kerana memberikan peluang ini kepada saya,” jelasnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas