Berita

Sambut Merdeka Seha-Tea Sejiwa bersama Chatime

MINUMAN istimewa Merdeka Seha-Tea Sejiwa oleh Chatime iaitu Cendol Milk Tea, ABC Milk Tea dan Lai Chee Kang Tea, bersempena dengan sambutan hari terpenting dalam sejarah negara kita.
- Diterbit 28 Ogos 2021 2:00 AM MYT

APAKAH erti sebenar Merdeka? Ya, kita semua tahu sejarah di sebaliknya, tetapi kemerdekaan dalam erti sebenarnya membawa maksud yang lebih mendalam. Sebagai sebuah bangsa yang menyambut pelbagai sambutan perayaan dengan konsep kebersamaan dan kekeluargaan, erti kemerdekaan ini sama tarafnya dengan sambutan perayaan lain yang amat bermakna di hati rakyat Malaysia. Ianya juga sinonim dengan keramahan, senyuman dan kebersamaan yang dirasai melalui hidangan makanan dan minuman yang pastinya memikat selera. Inilah  pendorong utama di sebalik pengenalan terbaharu minuman istimewa Merdeka Seha-Tea Sejiwa oleh Chatime iaitu Cendol Milk Tea, ABC Milk Tea dan Lai Chee Kang Tea, bersempena dengan sambutan hari terpenting dalam sejarah negara kita.

Bercakap mengenai sambutan Hari Kemerdekaan 2021, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, “Selama 64 tahun, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan mahupun keturunan, sama-sama berkongsi saat-saat kegembiraan merayakan Hari Kemerdekaan dengan bertemankan hidangan makanan dan minuman di kedai kopi, restoran, kopitiam dan sebagainya. Walaupun keadaan kini tidak memungkinkan untuk kita bertemu seperti sebelumnya, ianya tidak akan mematahkan semangat nasionalisme dan kesatuan di antara rakyat Malaysia. Semangat persahabatan dan kekeluargaan akan memastikan maksud sebenar Merdeka tidak pernah luntur di mana jua kita berada.”

“Bagi mengamit kembali semangat kebersamaan ini, hanya untuk waktu terhad, kami telah menyediakan tiga minuman khas bersempena dengan Merdeka, berinspirasikan Cendol, ABC dan Lai Chee Kang. Cita rasa kegemaran rakyat Malaysia ini tentunya dapat mengembalikan saat-saat nostalgia berkongsi waktu bahagia bersama keluarga dan rakan dalam suasana gembira dan gelak tawa.”

Widayu Latiff, Pengarah Eksekutif, Chatime Malaysia pula berkata, “Rakyat Malaysia sentiasa diwarnai dengan kepelbagaian dan satu perkara yang menyatukan kita semua, ialah melalui makanan dan minuman kegemaran semua. Inilah inspirasi di sebalik pengenalan pada saat kebersamaan dan kegembiraan yang dialami bersama, tetapi juga dengan semangat kental berasaskan apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang, kita akan hadapi dan atasinya bersama. Inilah pengertian di sebalik tema Hari Merdeka Chatime bagi tahun ini iaitu Seha-Tea Sejiwa.”

Minuman istimewa Merdeka Seha-Tea Sejiwa oleh Chatime iaitu Cendol Milk Tea, ABC Milk Tea dan Lai Chee Kang Tea boleh didapati di semua cawangan Chatime seluruh negara, untuk waktu terhad bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini. Dapatkan minuman anda hari ini. – WILAYAHKU – SABRINA SABRE 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas