RON95, 97, diesel turun harga malam ini

RON95, 97, diesel turun harga malam ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel berkuatkuasa 12.01 malam ini hingga 14 Februari nanti.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kadar baharu itu disebabkan penuruan harga minyak global.

“Dasar penstabilan harga runcit ini memanfaatkan rakyat, yang mana harga petroleum dunia turun. Oleh itu, harga runcit produk petroleum juga diturunkan.

“Apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 seliter (diesel),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng berkata harga runcit RON95 diturunkan 4 sen daripada RM2.08 kepada RM2.04 manakala RON97 dikurangkan 7 sen iaitu RM2.34 berbanding RM2.41 seliter sebelumnya.

Selain itu, Diesel turut mengalami penurunan 10 sen RM2.08 sen.

Kata Guan Eng, penurunan harga itu akan membawa kesan positif dan negatif antaranya pendapatan kerajaan dan perbelanjaan untuk subsidi minyak berkurangan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS