Selebriti

Rezeki kahwin muda, Asyraf Khalid, Tya Arifin terus sukses lancar produk baharu

|ASYRAF yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri kini melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.|||
- Diterbit 9 November 2022 11:18 AM MYT

SUATU ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin.

Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.

Namun, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.

“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.

“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.

“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.

ASYRAF yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri kini melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.

Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.

“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.

“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran selama lima tahun.

“Jadi, selama lima tahun ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.

RAMAI artis popular turut hadir memeriahkan majlis pelancaran produk Mutyara V-Gin.

Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa
Asyraf, 3.

https://www.instagram.com/reel/CkmvP_KDrAW/?igshid=YmMyMTA2M2Y=  –    WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas