Berita

Isteri FAD BOCEY Selamat Lahirkan Anak Keempat, IBRAHIM JIBRIEL

- Diterbit 20 Oktober 2020 12:27 AM MYT

ISTERI Kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman selamat melahirkan anak keempat mereka pada pukul 4.41 pagi tadi di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur. 

Menerusi instagram Fad Bocey, bayi lelaki comel itu diberi nama Ibrahim Jibriel.

“Assalamualaikum. Salam Subuh semua. Syukur Alhamdulillah. Syukur ke hadrat  Ilahi, tarikh hari ini 20 Oktober 2020, isteri saya selamat Lahirkan baby boy.

“Welcome baby mummy daddy IBRAHIM JIBRIEL MOHAMAD FADZLIE.

“Thank you semua yang mendoakan kami. Thank you so much love @syaheerarahman . I love you so much,” tulisnya.

Antara artis yang turut meninggalkan komen ucapan tahniah serta doa ialah Almy Nadia, Fizo Omar, Shuib Sepahtu, Aidil Aziz, Azrel Ismail, Nana Mahazan, Zoey Rahman dan ramai lagi.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 ini turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas