Berita

Pulau Rusukan Besar terima pengiktirafan sijil premis peranginan MOTAC

AZMI ( tiga dari kanan) menyerahkan sijil premis pelancongan kepada pengusaha Pulau Rusukan Besar Jeffry (tiga dari kiri). AZMI ( tiga dari kanan) menyerahkan sijil premis pelancongan kepada pengusaha Pulau Rusukan Besar Jeffry (tiga dari kiri).
- Diterbit 27 Mac 2022 8:00 AM MYT

PULAU Rusukan Besar yang dikenali sebagai pusat peranginan yang terkenal di sini, menerima pengiktirafan Sijil Premis Penginapan Pelancong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), baru-baru ini.

Menurut Pemangku Pengarah MOTAC Labuan, Azmi Ahmad Ross, menerusi pengiktirafan itu, Pulau Rusukan akan dibantu oleh pihaknya dari segi bantuan kewangan, promosi dan anugerah pelancongan.

“Dengan pengiktirafan ini, kita di pihak MOTAC amat berbangga kerana Pulau Rusukan Besar merupakan satu-satunya pusat peranginan yang berlesen dibawah MOTAC,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Sijil Premis Penginapan Pelancong di Pulau Rusukan Besar, pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengusaha Pusat Peranginan Pulau Rusukan Besar, Jeffrey Lee berkata, ketiadaan jeti khas pelancongan di sini menjadi salah satu punca kekurangan pelancong luar dan dalam datang ke pulau ini.

“Jeti khas perlu diwujudkan bagi memudahkan pelancong luar dan Labuan mendapatkan akses dan maklumat ke Pulau Rusukan.

“Kita juga berharap apabila rentas sempadan dibuka nanti akan adanya penerbangan terus daripada negeri-negeri lain seperti Penang, Johor, Kuching dan Brunei ke Labuan dan ia akan meningkatkan lagi ekonomi Labuan,” katanya. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas