Artikel

Staf UMSKAL teruja timba ilmu pertanian, ternakan

ABD. HAMID (tujuh dari kanan) beramah mesra bersama rombongan staf UMSKAL yang mengadakan lawatan muhibah ke FPL, UMS Kampus Sandakan baru-baru ini.
ABD. HAMID (tujuh dari kanan) beramah mesra bersama rombongan staf UMSKAL yang mengadakan lawatan muhibah ke FPL, UMS Kampus Sandakan baru-baru ini.
- Diterbit 17 Ogos 2019 5:54 AM MYT

LAWATAN. Seramai 16 pegawai dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) begitu teruja mengikuti lawatan muhibah ke Fakulti Pertanian Lestari (FPL) UMS Kampus Sandakan, Sabah pada baru-baru ini.

Rombongan UMSKAL yang diketuai Penolong Pendaftar Kanannya, Mas Adi Alimin yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Dr. Murnizam Haji Halik disambut mesra Dekan Fakulti Pertanian Lestari, Prof. Dr. Abd. Hamid Ahmad bersama Timbalan Pendaftar FPL, Dr. Roslan Gimba.

Sementara itu, Ketua Program Lawatan, Che Din Md. Salleh melahirkan rasa gembira kerana lawatan itu berjaya memberi peluang kepada staf UMSKAL mengenali lebih dekat bidang pertanian dan penternakan yang dikendalikan di FPL.

“Saya percaya menerusi lawatan ini hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua pihak akan terus kukuh. Diharap menerusi program ini juga pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh oleh staf UMSKAL yang pertama kali menjelajah Tawau dan Sandakan,” katanya.

Che Din tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr Murnizam dan semua ahli rombongan yang membenarkan serta memberi sokongan sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas