Berita

PRN: Jangan lakukan sebarang perhimpunan raikan kemenangan – KPN

Deputy Inspector-General of Police Datuk Razarudin Husain during the interview in Bukit Aman, Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star
- Diterbit 12 Ogos 2023 2:06 PM MYT

KETUA Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua penyokong parti politik yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), supaya tidak melakukan sebarang perhimpunan mahupun perarakan bagi meraikan kemenangan, malam ini.

Razarudin berkata pihak polis akan bersiap sedia dan akan melakukan Op Kawal Mesra bermula 12 tengah malam nanti bagi memastikan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

“Sekatan jalan raya ini bukannya disebabkan PRN, sebaliknya ia adalah sekatan jalan rutin yang biasa dilakukan setiap bulan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan jenayah dan ketenteraman awam,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.

Pada masa sama, katanya polis juga akan mengawal istana-istana negeri dan kediaman Yang Dipertua Pulau Pinang bagi memastikan tiada sebarang gangguan berlaku. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas