Berita

Polis kesan dua pemilik akaun Instagram berkomunikasi lucah, amang seksual

KESEMUA mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun ditahan dalam serbuan di bawah Ops Kontraban, yang digerakkan hasil maklumat awam. Kredit foto oleh Berita Harian
- Diterbit 10 Jun 2021 2:44 AM MYT

POLIS sedang mengesan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’, yang disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang telah melihat pautan Instagram secara langsung di atas penama kedua-dua mereka yang berpakaian secara menjolok mata.

Selain itu beliau berkata, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan vape kepada kanak-kanak terbabit.

“Sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek, boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat kes.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan malam tadi. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas