1,220,939 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam – Dr Adham
SERAMAI 2,724,048 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,944,987 dos. Kredit foto oleh: Astro Awani

1,220,939 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam – Dr Adham

SERAMAI 1,220,939 individu telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitternya,  seramai 2,724,048 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,944,987 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 157,671 dos diikuti Sarawak (128,648), Kuala Lumpur (113,466), Johor (113,171) dan Perak (110,610).

Program  berkenaan kini dalam fasa kedua bermula April lepas hingga Ogos ini dan akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga yang bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin. – BERNAMA

CATEGORIES