Berita

PL terima 500 unit khemah NADMA

|
- Diterbit 22 Januari 2021 6:54 AM MYT

PERBADANAN Labuan (PL) menerima sebanyak 500 unit khemah Collapse Tent, C-Tent daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif PL, Dr Fary Akmal Osman berkata, bekalan khemah itu adalah susulan daripada tindakan awal Mesyuarat Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) yang diadakan pada tahun lepas bersama Pengarah Bahagian Logistik NADMA, Tuan Amaluddin Suib dengan pelbagai agensi lain.

” Dalam mesyuarat itu, PL telah memohon supaya khemah C-Tent ini juga turut dibekalkan ke Labuan.

” PL ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak NADMA atas sumbangan khemah C-Tent yang pertama kalinya diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fary berkata pihak NADMA berharap dengan penyediaan khemah C-Tent ini dapat memberi keselesaan kepada mangsa bencana sekaligus dapat mematuhi SOP penjarakan sosial di situasi pandemik ini.

” Penyediaan C-Tent ini juga diharapkan dapat meringankan tugas-tugas petugas di Pusat Perpindahan Sementara (PPS).

” Khemah C-Tent ini bukan hanya digunakan semasa bencana banjir sahaja tetapi juga boleh digunakan ketika bencana lain seperti kebakaran dan ribut,” katanya. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas