Berita

Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo

Olympic Rings are seen next to the headquarters of the International Olympic Committee (IOC) in Lausanne on March 17, 2020, amid the spread of novel coronavirus (COVID-19). - The International Olympic Committee is holding high-level talks as doubts grow over the Tokyo 2020 Olympic Games and with some in Japan urging officials not to risk lives by pressing ahead during the coronavirus emergency. (Photo by FABRICE COFFRINI / AFP)
- Diterbit 22 Januari 2021 5:20 AM MYT

JEPUN pada Jumaat menafikan laporan mengenai keputusan pembatalan Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo oleh kabinet berikutan pandemik COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik.

Pada Khamis, akhbar The Times yang memetik sumber dalaman kerajaan melaporkan mesyuarat tertutup kabinet negara itu telah memutuskan Olimpik Tokyo dibatalkan dan menawarkan menjadi tuan rumah temasya itu pada 2032.

“Saya menafikannya kerana ia tidak benar,” kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Manabu Sakai, seperti dipetik Agensi Berita Kyodo.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada akhir Mac berkata Olimpik Musim Panas 2020 akan ditangguhkan selama setahun kerana pandemik. Acara itu kemudian dijadualkan berlangsung pada 23 Julai – 8 Ogos. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas