Berita

PKPD Pasar Jalan Othman, 2,900 penghuni diperiksa dari rumah ke rumah

- Diterbit 10 Mei 2020 3:51 AM MYT

PETALING JAYA –  Sebanyak kira-kira 26 jalan di daerah ini melibatkan lokasi di kawasan Pasar Jalan Othman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai hari ini hingga 23 Mei ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes
positif Covid-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di
kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

Beliau berkata, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ke lapan PKPD atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut:

Zon A : Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B : Jalan 2/29, Petaling Jaya
Jalan 2/29A, Petaling Jaya
Jalan 2/27, Petaling Jaya
Jalan 2/32, Petaling Jaya

Jalan 2/25, Petaling Jaya
Jalan 2/26, Petaling Jaya
Jalan 2/34, Petaling Jaya
Jalan 2/34A, Petaling Jaya
Jalan 2/23, Petaling Jaya
Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C : Jalan Selangor, Petaling Jaya
Lorong 3/57D, Petaling Jaya
Lorong 3/57C, Petaling Jaya
Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

Ismail Sabri berkata, PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan.

“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 -19 daripada menular keluar.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya.

Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan perintah ini semua penghuni dilarang keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut
sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan
mengawal seluruh kawasan,” katanya.

Bagi pelaksanaan perintah ini, beliau menyatakan, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan
boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389,
atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian
03-7966 2222. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas