Berita

PESAYA-14: Perasmian gilang gemilang, kontinjen Yayasan Wilayah Persekutuan sedia berentap

MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Kanan) diiringi Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli menerima obor sebagai simbolik merasmikan PESAYA ke-14.
- Diterbit 10 Februari 2023 11:37 PM MYT

MAJLIS Perasmian Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA-14) berlangsung dalam suasana gilang-gemilang di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching, Sarawak malam tadi.

Perasmian edisi kali ke-14 ini disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Kanan) diiringi Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli menerima obor sebagai simbolik merasmikan PESAYA ke-14.

Upacara perasmian dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen daripada yayasan setiap negeri yang muncul bersama maskot dan gaya masing-masing.

Upacara diteruskan dengan ucapan Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli diikuti ucapan perasmian daripada menteri yang selepas itu diberikan penghormatan untuk menerima obor sebagai simbolik merasmikan PESAYA ke-14.

KETUA Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun menerima cenderamata daripada Menteri.

Sejurus itu berlangsungnya pemeriksaan kontinjen dan penyampaian cenderamata kepada ketua-ketua kontinjen.

Kontinjen dari Wilayah Persekutuan (WP) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun.

Acara kemuncak adalah persembahan khas yang menggambarkan perpaduan dalam kepelbagaian sukan yang juga menjadi slogan PESAYA.

KONTINJEN Wilayah Persekutuan sedia berentap di PESAYA ke-14.

Ia diikuti acara nyanyian lagu-lagu motivasi diiringi kibaran bendera yayasan masing-masing yang dilihat cukup memberi semangat kepada para atlet untuk memberikan yang terbaik.

Tarian pelbagai kaum dan etnik Malaysia mengindahkan lagi malam perasmian apabila semua kontinjen dijemput menari santai bersama-sama dan ia sekali gus merapatkan hubungan antara setiap Yayasan.

Kontinjen WP antara pasukan yang bersedia untuk berentap dan memberikan saingan sengit kepada pasukan lain setelah melakukan persediaan sejak tahun lalu.

Selain YWP, yayasan lain yang terlibat adalah dari Terengganu, Kelantan, Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Melaka, Perlis, Kedah dan Selangor.

PESAYA ke-14 dianjurkan semula dengan Sarawak menjadi tuan rumah selepas temasya dwi tahunan itu tidak dapat diadakan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Ia telah die sejak tahun 1991.

Terdahulu, temasya kali ini membabitkan 13 kontinjen dengan lima belas jenis sukan antaranya bola sepak, badminton, futsal, boling, bola tampar, ping pong, bola baling, golf, karom, dart, sepak raga, e-sports (Mobile Legend dan Fifa), dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas