Berita

5 PERKARA MENARIK YANG ANDA BOLEH SAKSIKAN DI WETLAND PUTRAJAYA

|||||||||
- Diterbit 22 Januari 2020 11:46 AM MYT

JIKA ke Putrajaya rugi sekiranya tidak singgah sebentar menikmati keindahan alam maya di Taman Wetland. Banyak perkara menarik yang boleh anda lihat di wetland buatan terbesar di kawasan tropika ini.

1. TASIK ANGSA

Anda pasti terpegun jika terserempak dengan angsa berwarna hitam bermuncung merah yang terdapat di tasik ini. Pelbagai spesies angsa-angsa comel berwarna-warni boleh anda temui di sini.

2. KOLAM FLAMINGO

Flamingo merupakan antara tarikan utama pengunjung ke sini. Rata-ratanya ingin menyaksikan dengan lebih dekat burung berkaki panjang berbulu merah jambu yang kebiasaannya ditemui di Eropah.

3. SESI MEMBERI MAKAN BURUNG

Usah lepaskan peluang menyaksikan sesi memberi makanan burung kepada burung belaan pada setiap pukul 11 pagi dan 4 petang di Central Wetland, Taman Wetland Presint 13.

4. SEL WETLAND

Tahukah anda, taman buatan yang dikelilingi tanah lembap air tawar ini ditanam dengan pokok-pokok seperti rumput purun (lepironia articulata) dan rumput gedabong (phragmites karka) untuk menapis dan menyerap nutrin tidak baik.

5. PUSAT PENGHAYATAN ALAM (NIC)

Kompleks tiga tingkat ini menyajikan maklumat interaktif berkenaan Taman Wetland antaranya tayangan video, replika pokok bakau dan sebagainya. Selain itu, anak-anak juga pasti teruja menyaksikan akuarium yang menempatkan ikan-ikan terpilih.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas