Berita

McDonald’s terus tradisi lawat warga emas

PENGHUNI Rumah Persaraan Evershine Elderly melakukan tradisi menggaul Yee Sang bersama krew Restoran McDonald's sempena sambutan Tahun Baru Cina 2020.
- Diterbit 22 Januari 2020 8:40 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Krew restoran McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi melawat warga emas di rumah orang tua sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Pengarah Urusan dan Operasi Bersama McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, lawatan tersebut akan dilakukan di lebih 60 rumah orang tua bermula 13 Januari lalu hingga 8 Februari ini.

Ujarnya, inisiatif kali keempat itu melibatkan 290 krew restoran di seluruh negara dengan bertemakan semangat kebersamaan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina.

“Menyebarkan kegembiraan dengan memberi masa berkualiti kepada penghuni rumah orang tua menonjolkan erti sebenar kemakmuran di McDonald’s.

“Diharapkan lawatan ini dapat menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Ampang, Liu Xue Mei memberitahu, dia dan kesemua penghuni rumah orang tua amat gembira dengan kehadiran krew Restoran McDonald’s. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas