Berita

“Perjalanan Terakhir Kakakku, Maduku, Bidadari Syurga” -NURUL ZAHID HAMIDI

Allahyarham Bahazanariah|Allahyarham Bahazanariah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi tadi. Al- Fatihah
- Diterbit 5 November 2020 3:26 PM MYT

ANAK kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah mengesahkan madunya, Datin Bahazanariah Baharudin telah meninggal dunia akibat menghidap penyakit kanser payu dara.

Allahyarham Bahazanariah telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah yahap 4 sejak Ogos tahun ini.

Menerusi instagramnya, Nurul meluahkan rasa sedih kerana telah kehilangan seorang madu dan kakak yang menjadi inspirasinya selama ini.

FOTO kenangan manis Nurul bersama madunya, Allahyarham Bahazanariah

“Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap 4. 

“Sekitar Ogos selepas raya Haji, Doktor telah sahkan barah payudara yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat.

“Perjalanan terakhir Kakakku, maduku, bidadari syurga. Tunggu Nurul kat ‘sana’. YaAllah, jaga dia untuk kami. Pertemukan kami nanti. Allahuakbar,” luah Nurul yang kagum dengan semangat kuat yang Ada pada Allahyarham.

Allahyarham Bahazanariah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi tadi. Al- Fatihah

Nurul juga mengimbas kembali kenangan Allahyarham meminangnya untuk berkahwin dengan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

“Kakak datang meminang dan minta saya dari Abah dan Mak kerana dia mahu saya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumahtangga. 

“Kak, Nurul sayang akak. Siapa yanf nak pujuk Nurul bila Sepul (suami) marah Nurul? Allahuakbar. 

“Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dlm menguruskan rumahtangga. 

“I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu,” luahnya lagi.

Jenazah Allahyarham Bahazanariah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi tadi. Al- Fatihah – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas