Berita

Perdana Menteri lulus RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA 

ANWAR (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan Tabung Kasih @HAWANA kepada salah seorang bekas wartawan veteran di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.
- Diterbit 28 Mei 2023 8:35 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan RM1 juta untuk Tabung Kasih @HAWANA yang dilancarkan sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh sebentar tadi.

Tabung khas tersebut bagi membantu wartawan veteran serta bekas pengamal media yang uzur serta berdepan kesukaran hidup.

Seramai 20 penerima yang disenaraikan menerima bantuan tersebut pada tahun ini yang mana enam daripadanya sudah pun mendapat manfaat. –WILAYAHKU

 

Laporan lanjut selepas ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas