Selebriti

“Pengorbanan Kak Wan memang luar biasa” – Afdlin Shauki

|AFDLIN Shauki bersama Perdana Menteri
- Diterbit 10 Mei 2023 11:24 PM MYT

PENGARAH dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki mengaku terharu dan mengagumi ketabahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah.

Afdlin berkongsi luahan itu dalam hantaran di Instagramnya setelah menonton filem Anwar: The Untold Story pada malam tayangan filem tersebut, baru-baru ini.

“Tiada yang lebih indah apabila sepasang suami isteri yang sudah melalui pelbagai rintangan dalam hidup mereka menunjukkan kesyukuran dan emosi mereka dengan sebegini.

“Banyak benda yang dahulunya aku tak tahu, akhirnya aku dah tahu apabila menonton Anwar : The Untold Story.

“Pengorbanan Kak Wan (panggilan buat Wan Azizah) memang luar biasa. Filem ini akan menjadi perbualan ramai kerana kontennya yang berani!” tulisnya.

Instagram will load in the frontend.
==

AFDLIN Shauki (kiri) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dalam hantaran yang sama, Afdlin juga memuatnaik foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menenangkan Wan Azizah yang tidak dapat menahan air mata setelah selesai menonton filem tentang perjuangan suaminya.

Filem Anwar: The Untold Story yang berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu, menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Filem Anwar menampilkan pelakon Malaysia, Farid Kamil Zahari (Anwar Ibrahim) berpasangan sebagai suami isteri dengan pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa (Wan Azizah Wan Ismail). Turut berlakon ialah Hasnul Rahmat (Dr. Mahathir Mohamad), Firdaus Mat Joni, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Apa yang menarik, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu tema filem ini yang berjudul Menjaga Cintamu.

Perdana Menteri turut memuji nyanyian Siti yang disifarkannya menyentuh jiwa. Video muziknya akan dilancarkan tidak lama lagi

Anda sudah bersedia? Jom tonton filem yang membabitkan kos RM10 juta ini di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas