Berita

Penganjuran ‘Merdeka’ Flag Run semarakkan Hari Kebangsaan

BASHIR (tiga dari kanan) merasmikan larian para atlet membuat Merdeka Flag Run di sekitar bandar Labuan. BASHIR (tiga dari kanan) merasmikan larian para atlet membuat Merdeka Flag Run di sekitar bandar Labuan.
- Diterbit 28 Ogos 2021 6:00 AM MYT

BAGI menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan, Perbadanan Labuan (PL) bekerjasama Jabatan Penerangan Labuan dan Majlis Sukan Labuan menganjurkan program ‘Merdeka Flag Run 2021’.

Program itu melibatkan seramai 12 atlet yang melakukan larian dengan membawa Jalur Gemilang mengelilingi di sekitar Bandar Labuan yang membabitkan empat ‘check point’ iaitu Wisma Perbadanan, Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Pasar Sentral dan susur jalan keluar Milimewah.

Pengerusi Ahli Majlis Penasihat PL, Senator Datuk Bashir Alias berkata, program itu diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan di peringkat Labuan.

“Ini adalah satu pengisian yang amat baik meskipun dalam keadaan pandemik ada juga usaha atau pengisian bagi mengingati Hari Kebangsaan ini,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas merasmikan Program Merdeka Flag Run 2021 di Perkarangan Bangunan Wisma Perbadanan Labuan di sini, pada Ahad.

Bashir yang juga Ahli Dewan Negara berkata, program itu turut dapat menaikkan semangat patiotisme dan cintakan tanah air di kalangan rakyat khususnya warga Labuan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PL Rithuan Mohd Ismail, Ketua Polis Labuan Superintedan Ahmad Jawila, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Hafiez Daud, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan Dzulfaizal Ab Manan dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas