Berita

PEMBUKA SELERA GAYA HIDUP KINI

|||||
- Diterbit 9 Oktober 2021 9:11 AM MYT

PEMBUKA selera ini sangat unik dan berkhasiat kerana setiap resipi yang dipersembahkan mengandungi kiraan kalori dan kandungan nutrisi yang boleh membantu anda merancang pemakanan yang sihat.

Akhbar Wilayahku edisi kali ini memberi panduan kepada anda bagaimana menyediakan bahan dan masa memasak tidak sampai 30 minit. Berasaskan bahan sedia ada di dapur diadun menjadi resipi yang berkhasiat.

Jika anda ingin mencuba resipi pembuka selera yang mudah, cepat dan ringan, jangan terlepas idea dari kami!

PIZZA PANKEK

BAHAN A

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil gula

1 ½ sudu kecil Aji-Shio Lada Berperisa

1 biji telur

¾ cawan susu segar

1 ½ sudu besar mentega dicairkan

BAHAN B

Sosej

Cendawan butang

Lada bengala

Sos cili

Mayones

Keju mozarella

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali tanpa lekat, masukkan sesenduk bancuhan pankek. Masak sehingga buih terhasil.
  3. Kecilkan api, terbalikkan pankek. Letakkan bahan B mengikut kesukaan anda. Tutupkan dengan penutup.
  4. Apabila keju telah cair, ia sedia untuk dihidang.

VIETNAMESE GULUNG AYAM TERIYAKI

BAHAN A

2 sudu besar minyak masak

1 biji bawang merah dicincang

2 ulas bawang putih dicincang

½ inci halia dicincang

3 keping isi peha ayam

¼ sudu kecil Ajinomoto

¼ sudu kecil garam

1 ½ sudu besar kicap cair

3 sudu besar kicap manis

½ sudu kecil minyak bijan

¾ cawan air

1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air

BAHAN B

10 kulit kulit popia Vietnam

Air secukupnya

5 helai  daun salad romaine dibelah dua

½ biji lobak merah dihiris

½ biji timun dihiris

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  2. Perasakan dengan garam Ajinomoto, kicap cair, kicap manis dan minyak bijan.
  3. Masukkan air. Didihkan.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga pekat.
  5. Asingkan ayam dan tapiskan sos. Ketepikan.
  6. Hiriskan isi ayam.
  7. Celup kulit popia dengan air, letakkan daun salad romaine, hirisan ayam, lobak merah dan timun. Balut kemas.
  8. Sedia untuk dihidang dengan sos.

ROTI BAKAR TELUR

BAHAN-BAHAN

12 keping roti putih/roti gandum

6 keping daging

6 biji telur

½ cawan keju Cheddar diparut

½ sudu the Aji-Shio Lada Hitam Berperisa

2 sudu besar mentega

Minyak secukupnya

Daun bawang dihiris halus

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 150°C.
  2. Griskan acuan muffin dengan mentega.
  3. Potongkan roti berbentuk bulat atau gunakan pemotong biskut berbentuk bulat dan gelekkan 2 keping bulatan roti.
  4. Masukkan bulatan roti yang telah digelek ke dalam acuan muffin.
  5. Di dalam kuali leper, panaskan minyak untuk menggoreng kepingan daging separuh masak.
  6. Masukkan kepingan daging digoreng ke dalam acuan muffin yang telah dilapik dengan roti tadi.
  7. Taburkan keju Cheddar di atas kepingan daging.
  8. Pecahkan telur dan taburkan Aji-Shio Lada Hitam Berperisa di atas telur.
  9. Bakarkan dalam ketuhar sehingga telur putih masak.
  10. Apabila roti bakar telur masak, keluarkan dari acuan dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.

TOMATO PEDAS DAN SALSA JALAPENO

500 gram tomato merah dicincang

125 gram tomato dikisar

3 sudu besar Jalapeno dicincang

3 sudu besar bawang merah dicincang

60 gram ketumbar atau parsli dicincang

2 sudu kecil Seri Aji Perencah Masak Merah

250 g keju Feta diparut halus

3 sudu besar minyak zaitun

2 sudu besar cuka

1½ sudu kecil  garam

1 sudu kecil Aji-Shio Lada Hitam Berperisa

½ sudu kecil Ajinomoto

150 gram keju parmesan diparut

CARA PENYEDIAAN

  1. Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan tomato, Jalapeno, bawang, ketumbar atau parsli, campuran Seri-Aji Perencah Masak Merah dan keju Feta, gaul rata.
  2. Masukkan minyak zaitun dan cuka, garam, Lada Hitam Berperisa Aji-Shio dan Ajinomoto sehingga sebati.
  3. Tabur keju Parmesan yang telah diparut. Hidangkan dengan taco.

SANDWICH SUSHI

BAHAN-BAHAN

9 keping roti putih

6 helai  daun salad

½ biji timun Jepun dipotong panjang

½ biji lobak merah dipotong panjang

BAHAN A

60 gram ikan tuna dicincang

1 biji bawang merah dicincang

2 sudu besar Mayonis

¾ sudu kecil Aji-Shio Lada Hitam Berperisa

BAHAN B

6 keping filamen ketam, dicincang

2 sudu besar Mayonis

½ sudu kecil Aji-Shio Lada Hitam Berperisa

BAHAN C

60 gram ayam cincang direbus

1 sudu besar Mayonis

½ sudu besar sos cili

¾ sudu kecil Aji-Shio Lada Hitam Berperisa

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan semua bahan untuk setiap jenis inti di dalam mangkuk berasingan. Gaul sehingga rata.
  2. Potongkan bahagian tepi roti dan ratakan roti dengan pencanai doh.
  3. Ratakan sedikit inti pada roti.
  4. Letakkan daun salad di atas inti.
  5. Tambahkan lobak merah dan timun.
  6. Gulungkan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
  7. Potong kepada 3 dan sedia untuk dihidang.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas