Biz

Peka masalah mental masyarakat, Adi Putra hasilkan minyak pati Amrani

Adi Putra bersama YAM Tengku Puteri Sri Lela Manja Tengku Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika melancarkan gimik pelancaran Majlis Pelancaran Produk Armani di Shangri-La Hotel
- Diterbit 31 Ogos 2022 12:20 AM MYT

PERKARA paling membimbangkan apabila seseorang yang pada luarannya nampak sihat dan kelihatan normal namun hakikatnya mempunyai penyakit tersembunyi.

Misalnya ramai yang tidak dapat mengesan berlakunya masalah mental seperti kemurungan dalam diri mahu pun orang di sekeliling kita.

Tambahan pula, sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, ia amat memberi kesan besar kepada kesihatan mental penduduk dunia khususnya negara kita.

PENGASAS bersama, Adi Putra bersama YAM Tengku Puteri Sri Lela Manja Tengku Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah (dua dari kiri) ketika melancarkan gimik pelancaran Majlis Pelancaran Produk Armani di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

Melihat situasi berkenaan, pelakon popular Datuk Adi Putra menghasilkan campuran minyak pati di bawah jenama Amrani dengan kerjasama Gramp’s Asia iaitu satu jenama tempatan yang mengeluarkan rangkaian produk kelengkapan rumah daripada bahan semulajadi.

MAJLIS pelancaran produk minyak pati jenama Amrani.

Selaku Pengasas Bersama Amrani dengan Gramp’s Asia, beliau terlibat secara langsung bersama pasukan penyelidik dalam penghasilan campuran minyak pati itu.

Beliau turut mengakui melalui fasa yang agak sukar sepanjang tempoh COVID-19, tidak boleh keluar bekerja dan berjumpa orang ramai sekali gus beliau amat memahami keadaan yang terpaksa dihadapi masyarakat.

“Minyak pati terbukti mempunyai elemen yang sangat berkesan untuk kesejahteraan emosi malah tidak menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.

“Saya dan keluarga memang penggemar minyak pati yang bukan sahaja menenangkan tetapi mewangikan kediaman.

“Aroma yang dihasilkan minyak ini mampu membantu meredakan kebimbangan dan perasaan. Dengan hanya menitiskan dua tiga titis minyak pati dalam alat pembakar sebelum ia dibakar atau titis ke dalam alat penguap yang kemudiannya menyebarkan bauan menenangkan seluruh kediaman,” katanya ketika majlis pelancaran produk minyak pati jenama Amrani, baru-baru ini.

ADI Putra berharap produk yang dihasilkan dapat dimanfaatkan masyarakat.

Amrani tampil memperkenalkan tiga jenis campuran minyak pati iaitu Prince Hadi, Zara Adelia dan Lull Vendi.

Adi berkata, setiap ramuan yang digunakan dipilih dengan teliti untuk memberi manfaat kepada kesihatan pengguna serta selamat digunakan untuk keluarga.

“Selain dijamin keasliannya, ia turut menawarkan kesan terapeutik untuk kesihatan,” katanya yang berharap produk ini mampu ‘cahaya’ baharu buat masyarakat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas