Selebriti

Tamatkan zaman teruna 2 September, Shahir akui nervous

- Diterbit 31 Ogos 2022 11:44 PM MYT

HARI bahagia yang ditunggu-tunggu penyanyi kacak Shahir Zawawi,34, akhirnya tiba apabila bakal menamatkan zaman Bujang esok.

Shahir yang bakal bernikah dengan tunangnya, Jaskin Jaludin pada 2 September ini, mengaku berdebar-debar menanti saat mereka diijabkabulkan.

“Semakin hampir tarikh itu, bertambah debaran di hati, tetapi hakikatnya saya sudah bersedia menjadi ketua keluarga sebaik dipertemukan dengannya.
“Doakan urusan majlis pernikahan kami dilancarkan, begitu juga dengan resepsi. Persiapan pun sudah disempurnakan dengan bantuan ahli keluarga kami.

“Majlis pernikahan kami diadakan di sebuah lokasi di Subang Jaya, pada sebelah malam membabitkan kehadiran sekitar 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat,” katanya.
Menurut Shahir, majlis persandingan juga diadakan di lokasi sama malam keesokannya iaitu 3 September.

“Majlis resepei pula diadakan sehari selepas akad nikah supaya saudara-mara sebelah isteri yang datang dari Sabah dan ahli keluarga saya dari Perak juga dapat bersama-sama kami dalam dua majlis tersebut.
“Tiga minggu selepas pernikahan kami akan pulang ke Tawau, Sabah pula untuk majlis persandingan di sebelah keluarga bakal isteri,” katanya.

Shahir memilih Subang Jaya sebagai lokasi nikah dan resepsi adalah bagi memudahkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Apa yang istimewa, Shahir juga memaklumkan akan membawakan sebuah lagu khas untuk Jaskin berjudul Halal, ciptaannya sendiri pada majlis resepsi nanti.

Terdahulu, penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mengikat pertunangan dengan usahawan merangkap pemilik butik dari Sabah berusia 33 tahun pada 16 Julai lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas