Berita

Pasar Borong KL ditutup sementara hingga 24 April

PASAR BORONG KUALA LUMPUR
- Diterbit 20 April 2020 4:56 PM MYT

KUALA LUMPUR – Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup operasi pasar borong tersebut buat sementara waktu.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, operasi pasar borong tersebut ditutup selama lima hari bermula 20 April pukul 8 pagi sehingga 24 April pukul 12 tengah hari.

“Lori pemunggah dan pelesen tidak dibenarkan memasuki kawasan pasar pada tarikh dan masa yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu KKM telah mengisytiharkan kawasan berkenaan diletak di bawah PKPD mulai 20 April hingga 3 Mei ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas