Berita

Tiong King Sing dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke China

KING SING
- Diterbit 20 April 2020 2:25 PM MYT

PUTRAJAYA – Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri.

Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

“Beliau akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan,” kata kenyataan itu.

Tiong merupakan Ahli Parlimen Bintulu dan pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018.

Sebelum ini, kerajaan Perikatan Nasional melantiknya sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara namun beliau menolak jawatan berkenaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas