Berita

Papagomo, Salim Iskandar dan Chegu Bard dipanggil rakam percakapan

- Diterbit 16 April 2024 4:34 PM MYT

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan esok.

Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan bahawa rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya kenyataan itu hari ini.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas