Berita

Panel solar bantu bandar rendah karbon

PEMasanGan sistem tenaga solar untuk rumah teres setingkat bagi pengurangan bil elektrik TNB bulanan. - Foto: sUncRoX solar
- Diterbit 22 Mei 2021 9:50 AM MYT

MAJORITI penduduk sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur sambut baik pelaksanaan Projek Teknologi Hijau di lokasi penempatan mereka seperti yang diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah baru-baru ini.

Ini kerana, kata Richardson D’Cruz, 54, yang tinggal di sekitar lokasi terlibat, selain pembinaan bangunan pejabat dan penempatan,
masyarakat juga amat memerlukan oksigen yang hanya dapat diperoleh daripada tumbuhan hijau.

Justeru, di samping bersetuju dengan pelaksanaan projek kerajaan tempatan, dia mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat membaiki taman-taman rekreasi sedia ada di setiap kawasan Seksyen 1 terlebih dahulu.

“Saya rasa kalau laluan joging, basikal dan taman rekreasi seperti Sungai Bonus dicantikkan, ia akan lebih bagus kerana pengunjung boleh meluangkan masa sambil menghirup udara segar,” jelasnya.

Richardson juga memuji inisiatif DBKL memasang panel solar di bumbung kawasan perumahan, yang dilihat sebagai langkah proaktif ke arah bandar rendah karbon selain berpeluang mera- sai pembayaran bil elektrik yang sangat rendah.

“Selain itu, Wangsa Maju mampu menjadi bandar hijau dan kurang pencemaran udara kerana penjanaan elektrik menyebabkan pencemaran tinggi, kalau kita dapat tenaga matahari melalui salur tenaga solar di semua blok kita dapat memulihkan kesihatan bumi.

“Sistem pengangkutan yang ter- susun kepada penduduk Wangsa Maju juga dapat mengurangkan penggunaan kenderaan,” jelasnya.

Senada dengan usaha yang Justeru, di samping bersetuju dengan pelaksanaan projek kerajaan tempatan, dia mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat membaiki taman-taman rekreasi sedia ada di setiap kawasan Seksyen 1 terlebih dahulu.

“Saya rasa kalau laluan joging, basikal dan taman rekreasi seperti Sungai Bonus dicantikkan, ia akan lebih bagus kerana pengunjung boleh meluangkan masa sambil menghirup udara segar,” jelasnya.

Richardson juga memuji inisiatif DBKL memasang panel solar di bumbung kawasan perumahan, yang dilihat sebagai langkah proaktif ke arah bandar rendah karbon selain berpeluang mera- sai pembayaran bil elektrik yang sangat rendah.

“Selain itu, Wangsa Maju mampu menjadi bandar hijau dan kurang pencemaran udara kerana penjanaan elektrik menyebabkan pencemaran tinggi, kalau kita dapat tenaga matahari melalui dilaksanakan itu, Normaizah Ismail, 42, berkata, ia berikutan, pelaksaan tersebut boleh menjimatkan bil elektrik pada masa sama membantu mengurangkan kebergantungan pengguna kepada pembekal utama eletrik (Tenaga Nasional Berhad) di Malaysia.

“Dengan pemasangan panel so- lar ini ia membantu mengurangkan pembebasan karbon dioksida yang boleh menipiskan ozon.“Bahan bakar untuk menghasilkan eletrik semakin kurang di sebabkan pencemaran alam sekitar,” tambahnya sambil berharap projek berkenaan dirancang sebaiknya sejajar dengan penambahbaikan yang dijadualkan.

IMPAK NEGATIF ELEKTRIK DIKURANGKAN

Sementara itu, Ekhmal Afandi, 24, berkata, pelaksanaan bandar teknologi hijau di bandar kota membangun iaitu Wangsa Maju adalah langkah terbaik.

“Penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan memberikan impak negatif kepada alam se- kitar, jadi inisiatif DBKL untuk meletakkan panel solar dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar,” jelasnya.

Ekhmal memberitahu, pembinaan kawasan hijau di kawasan penempatannya juga dap- at mendidik penduduk setempat untuk mengamalkan cara hidup yang lebih sihat melalui penambahbaikan yang bakal dilaksanakan.

Dia juga berharap, pihak DBKL dapat melaksanakan projek berkenaan dengan jayanya dan menjadikan Wangsa Maju sebagai sebuah bandar berteknologi hijau yang menjadi contoh kepada negara luar.

Menurut Halim Idris, 53, penggunaan elektrik berlebihan antara penyumbang kepada pencemaran alam sekitar, oleh itu DBKL perlu memperbanyakkan tumbuhan hijau di sekeliling Seksyen 1 di samping menjadikan laluan sehala bagi men- gurangkan penggunaan kenderaan.
Bagi Abd Aziz Arshad, 50, pu- la, DBKL perlu meneliti dahulu kawasan-kawasan yang sesuai untuk melaksanakan projek teknologi hijau dan tenaga solar.

“Pada pandangan saya, pihak DBKL tidak perlu melaksanakannya di semua kawasan untuk peringkat awal sebaliknya membuat satu ujian di satu blok sahaja dengan mencantikkan kawasan menerusi pemasangan tenaga solar termasuk tumbuhan hijau.

“Penggunaan tenaga solar sangat membantu kerana ia dapat mengurangkan tenaga elektrik. Sekiranya satu blok itu berjaya dilaksanakan, barulah diperluaskan di blok-blok lain,” katanya.

Menjelas mengenainya, Abd Aziz berkata, dia turut menyokong inisiatif DBKL untuk meningkatkan kawasan hijau di Wangsa Maju, namun pihak berkuasa perlu menyelenggara dahulu kawasan sekeliling supaya lebih cantik dan baik.

Aziz turut memberi cadangan agar pihak DBKL melakukan kajian atau mendapatkan pandangan penduduk terlibat untuk mengeta- hui peratusan bilangan penduduk yang bersetuju dengan pelaksanaan projek.

Baru-baru ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah memaklumkan, Seksyen 1 Wangsa Maju akan dipilih sebagai lokasi projek perintis bandar berteknologi hijau dan bebas karbon.

Projek Teknologi Hijau yang diterajui Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan DBKL itu dilihat dapat membantu mengurangkan penggunaan bekalan tenaga elektrik dan pencemaran alam sekitar. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas