Berita

MYMedic@Wilayah untuk program imunisasi di PPR

Pada masa ini, MYMedic@Wilayah menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan.
- Diterbit 22 Mei 2021 9:35 AM MYT

REKOD terkini jangkitan harian wabak COVID-19 di seluruh negara yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 20 Mei lalu iaitu 6,806 kes, menjadikan hampir keseluruhan rakyat Malaysia panik serta bimbang dengan keselamatan diri terutama pekerja yang terdedah secara langsung dengan orang awam.

Malah, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,277 kes manakala Wilayah Persekutuan, 707 kes baharu dan pada masa sama, turut dimaklum- kan adalah Semenanjung tidak mempunyai kawasan ‘hijau’ yang bebas jangkitan wabak.

Keadaan itu mendorong warganet meluahkan rasa kekecewaan di laman sosial sehingga ‘Road to 10k (10,000)’ yang membawa maksud 10,000 kes jangkitan harian dibincangkan di Twitter sejurus pengumuman KKM.

Menyedari situasi getir tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa menzahirkan harapan agar KKM serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dapat memberi kelulusan untuknya men- ganjurkan program vaksinasi di projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) secara menyeluruh.

Beliau berkata demikian menerusi laman Twitter rasminya pada Rabu lalu selepas mendapati kes jangkitan baharu melebihi 6,000.
“Saya masih mengharap dapat kelulusan KKM dan MOSTI agar saya dapat anjurkan ‘mobile vaccine truck’ untuk program vaksinasi di PPR/PA dan kampung tradisi.

“Semoga dengan itu, kita dapat percepatkan lagi usaha immunisasi bagi Wilayah Persekutuan. Insya-Allah,” ciapnya di Twitter.

Ciapan terbaharunya itu dilaku- kan selepas permohonan bagi program vaksinasi bergerak dimuat naiknya di Twitter pada 16 Mei lepas.

Dalam status itu, Annuar memohon pertimbangan KKM bagi membolehkan pemberian vaksin dilakukan di kawasan tertentu di bawah pemilikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jelas beliau, Kementerian Wilayah Persekutuan terus komited untuk membantu warganya mendapatkan vaksin dengan lebih cepat tambahan pula pihak- nya mempunyai klinik bergerak di bawah Program MYMedic@ Wilayah yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Katanya, menerusi program itu, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan kira- kira 10 trak untuk pemeriksaan kesihatan warga PPR dan PA.

“Saya cuba pohon KKM pertimbangkan ‘mobile vaccine trucks’ untuk kawasan tertentu DBKL. Saya sedia menawarkan 7-10 trak MYMedic@Wilayah untuk tujuan ini jika diluluskan. Saya harap ia dipertimbangkan,” ciapnya.

Untuk rekod, MYMedic@ Wilayah menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas