Berita

Penggunaan 30 peratus tenaga solar untuk semua projek baru – DBKL

|
- Diterbit 22 Mei 2021 10:01 AM MYT

SEMUA projek pembangunan masa hadapan di Kuala Lumpur, sama ada secara komersial atau kediaman, perlu menggunakan sekurang-kurangnya 30 peratus tenaga solar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah menegaskan keperluan itu kini menjadi sebahagian daripada syarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikenakan terhadap projek pembangunan baru.

“Kami telah mengenakan syarat ini dalam proses persetujuan, dan pemaju kini mesti l memasukkan syarat tersebut sebagai sebahagian
daripada rancangan projek mereka.

“Kita mesti bergerak seiring dengan masa
kerana tenaga yang boleh diperbaharui (solar) adalah sebahagian dari masa hadapan.

“Tenaga yang boleh diperbaharui dapat membantu memerangi pelepasan gas rumah hijau, lebih bersih dan lebih baik untuk alam sekitar,” kata Mahadi dipetik daripada laporan StarMetro.

Mahadi berharap dapat melihat lebih banyak bangunan dan harta tanah kediaman di bandar beralih kepada tenaga yang boleh diperbaharui kerana ia akan menjadi lebih murah dalam jangka masa panjang.

Katanya, teknologi hijau adalah salah satu cara untuk mengurangkan beban kewangan pengguna.

“DBKL membelanjakan purata sebanyak RM76 juta setahun untuk bil elektrik.

“Ini diperlukan untuk meningkatkan aset bandar seperti lampu jalan, taman, pejabat, Balai Raya,
kemudahan sukan, stadium dan kemudahan lain.

“Sekiranya kita mengurangkan penggunaan kuasa, kita dapat menggunakan wang itu untuk perkara lain seperti membina lebih banyak infrastruktur untuk mempromosikan hidup yang lebih sihat,” katanya.

Menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui juga bermaksud dapat meningkatkan kesihatan awam.

“Selain dari fakta bahawa ianya lebih bersih dan kurangnya pelepasan karbon yang akan berlaku, masyarakat menjadi lebih sihat dan kadar jangka hayat juga akan lebih lama,” tambah Mahadi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas