Berita

Oimpik Tokyo 2020: Atlet Wipers iringi doa buat kontinjen negara

||||
- Diterbit 1 Ogos 2021 7:00 AM MYT

LEBIH seminggu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung di Jepun, rakyat Malaysia masih menanti dengan penuh harapan agar tim negara berjaya menghadiahkan pingat pertama.

Biarpun kecoh di laman sosial baru-baru ini pengguna Twitter Israel, Arsen Ostrovsky membandingkan pencapaian Malaysia dengan negara tersebut yang mana Israel berjaya meraih satu pingat pada hari pertama namun perkara tersebut tidak sedikit pun mematahkan semangat kontinjen Malaysia.

Malah, seluruh rakyat Malaysia termasuk atlet Wilayah Persekutuan (Wipers), tidak putus-putus menitipkan kata-kata semangat agar semuanya berjalan lancar sekali gus pulang dengan kejayaan.

Terdahulu, 64 barisan atlet, jurulatih dan petugas yang dipimpin Datuk Lee Chong Wei selaku ketua kontinjen mengharungi cabaran temasya sukan terbesar dunia itu bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan setelah ditangguh setahun ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Seramai 30 atlet Malaysia bertanding dalam 10 jenis sukan iaitu memanah, badminton, gimnastik, golf, berbasikal trek, menembak, olahraga, pelayaran, renang dan acara terjun. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas