Berita

Idam ke Olimpik – Loh Cen Hao

- Diterbit 1 Ogos 2021 7:01 AM MYT

MENYIMPAN hasrat untuk mewakili Malaysia dalam acara olahraga lontar peluru satu hari nanti, besar harapan atlet Wipers, Loh Cen Hao melihat atlet Malaysia tersenarai dalam permainan tersebut.

“Saya tidak pernah ketinggalan menyaksikan acara lontar peluru kerana bagi saya atlet-atlet yang bertanding dari seluruh dunia hebat sekali,” ujarnya.

Menjadikan atlet Amerika Syarikat, Ryan Crousser yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2016 sebagai idola, dia mahu melakar sejarah dengan melakukan balingan yang berjaya memecahkan rekod dunia.

“Rasanya tidak mustahil Malaysia akan ke Olimpik dalam acara itu jika diberi lebih perhatian serta inovasi baharu dalam ilmu kejurulatihan acara tersebut selain penekanan terhadap fasiliti sukan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Loh berharap agar kontinjen Malaysia mencipta sejarah gemilang di Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas