Berita

Nafas baharu MSWP, RM180,000 bantu ringankan beban

RAMLAN
- Diterbit 29 November 2020 7:23 AM MYT

SEJUMLAh RM180,000 diperuntukkan kepada 90 buah persatuan di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) sebagai inisiatif bagi mengurangkan beban kewangan akibat penularan pandemik COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Ramlan Askolani berkata, atas keprihatinan tersebut, MSWP menyalurkan sumbangan kepada persatuan sukan negeri yang merupakan tulang belakang penting dalam sukan Wilayah Persekutuan selama ini.

“Setiap persatuan akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM2,000 yang merupakan inisiatif membantu meringankan impak dan beban ditanggung ekoran wabak ini.

“Diharapkan ia dapat dimanfaatkan dan seterusnya memberi nafas baharu k epada pembangunan sukan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” katanya dalam Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Persatuan Sukan Wilayah Persekutuan di Putrajaya.

Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri.

Menurut Ramlan, hingga kini pembayaran elaun latihan kepada 700 atlet dan 103 jurulatih turut diteruskan oleh MSWP meskipun latihan secara intensif tidak dapat dilaksana sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan.

“Usaha ini adalah tanda keprihatinan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa dan MSWP yang mengambil berat p erkara berkait kebajikan atlet dan jurulatih,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Ramlan turut jelaskan amalan norma baharu tidak terkecuali kepada atlet dan jurulatih MSWP yang mana aktiviti bersukan hanya dibenarkan di kawasan
rumah masing-masing.

Justeru kata beliau, s epanjang tempoh itu, MSWP telah mengambil inisiatif melaksana beberapa sesi webinar pemakanan dan psikologi sukan selain menyediakan modul suaian fizikal sebagai rujukan atlet bagi mengekalkan kecergasan.

“Pada masa ini MSWP sedang giat mencari lokasi sesuai untuk laksana program Quarantine Based Training (QBT) kepada atlet bagi latihan berpusat menggunakan pendekatan kuarantin yang akan dijadikan sebagai lokasi latihan bagi mereka yang terlibat dalam kejohanan SUKMA.

“Usaha dilaksana MSWP ini bagi membolehkan atlet Wilayah Persekutuan menjalani latihan secara berterusan dan memastikan tahap kecergasan mereka berada dalam keadaan terbaik sekali gus mengekalkan teknik asas sukan,” ujarnya

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas