Berita

Makan Percuma untuk satu tahun di KLCC!

- Diterbit 29 November 2020 7:34 AM MYT

SEBAGAI penghargaan, pelanggan Suria KLCC berpeluang menebus baucar Suria KLCC F&B (Signatures Food Rewards) yang bernilai RM10 bermula 13 November sehingga 13 Disember 2020 dengan setiap pembelanjaan minima RM20 di dalam satu resit di ‘Signatures’.

Bagi pelanggan yang membelanjakan sekurangkurangnya RM50 di mana-mana kedai makanan atau minuman di Suria KLCC (tidak termasuk Medan Selera ‘Signatures’) dalam maksima dua resit, anda berpeluang menerima satu baucar Suria KLCC F&B yang dikenali ‘F&B Rewards’.

Peluang penebusan bagi kedua-dua baucar tersebut adalah terhad selagi stok masih ada serta tertakluk kepada terma dan syarat. Di penghujung waktu kempen ini, Suria KLCC akan memilih enam pembeli secara rawak (tiga pembeli Signatures Food Court Rewards dan tiga pembeli ‘F&B Rewards’) melalui sistem pemilihan automatik (e-lucky draw).

Mereka yang bertuah akan menerima makanan percuma selama setahun yang berjumlah RM12,000 dalam bentuk baucar Suria KLCC. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kaunter pertanyaan atau layari www.suriaklcc. com.my dan www.facebook. com/SuriaKLCCMall.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas