Berita

Merai segalanya lokal bersama Grab di Hari Malaysia

- Diterbit 17 September 2021 7:56 AM MYT

BAGI meraikan Hari Malaysia dalam suasana norma baharu ini, Grab mengambil peluang memaparkan elemen perpaduan dengan mengetengah segala-galanya lokal sebagai tema filemnya.

Diberi tajuk ‘Malaysia’s Greatest Makan Hits’, video tersebut memaparkan restoran tempatan terbaik di negara ini yang memperkenalkan lebih 400 Grab Signatures.

Untuk merealisasikannya, Grab mendapatkan kerjasama daripada barisan talen tempatan terkemuka dan sedang menempa nama di arena seni termasuk artis, penyanyi dan penulis lirik.

Selain itu, Grab juga mempromosi ciptaan tempatan ini menerusi cabaran #GreatestMakanHits yang dilancarkan di TikTok mulai 15 September lalu.

Cabaran ini akan memberi peluang kepada warga Malaysia merakam nyanyian dan tarian mengikut ciptaan dan olahan masing-masing, serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat bagi penghantaran paling kreatif.

Untuk menonton filem Grab’s Greatest Makan Hits serta butiran lanjut mengenai inisiatif Hari Malaysia sila layari https://grb.to/MYmakanhits.

Dalam pada itu, Grab turut memberi penghormatan kepada rakan pemandu dan penghantarannya.

Grab dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengumpul dan ingin berkongsi pelbagai kisah menarik yang diperoleh daripada komuniti pemandu dan ‘rider’ mengenai aneka ragam yang menggembirakan dan berjasa kepada para pelanggan.

“Demi merealisasikan aspirasi ini, kami bekerjasama dengan artis tempatan Jon Tham yang telah melakar visual penceritaan tersebut dalam bentuk karikatur riang ria lagi mencuit hati.

“Visual komik tersebut dipamer dalam beberapa siri dengan setiap satu bertemakan nilai berbeza yang mewakili maksud sebenar menjadi warga Malaysia,” katanya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas