Berita

RESIPI MENARIK SEMPENA HARI MALAYSIA

|||||
- Diterbit 18 September 2021 2:30 AM MYT

SELAMAT menyambut Hari Malaysia yang ke-58 buat semua pembaca setia akhbar Wilayahku! Walaupun sambutan kali ini tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi kita tetap merasa semangat perpaduan itu kan? Buat yang malas hendak keluar mencari makanan pada hari Malaysia ini, jom cuba resipi seperti yang dikongsikan di bawah ini. Masak sendiri lagi jimat! Suami dan anak-anak pun mesti suka.

NASI GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN

4 cawan nasi sejuk dileraikan

1/2 cekak kangkung

5 tangkai kacang panjang dipotong kecil

1 keping dada ayam dihiris kecil

1 biji telur

1 biji bawang besar dihiris

BAHAN TUMBUK HALUS

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

10 biji cili padi merah Thai

1 camca besar ikan bilis

Secubit belacan

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna.
  2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.
  3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
  4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.
  5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
  6. Sajikan makanan bersama telur mata kerbau atau ulam petai mengikut cita rasa masing-masing.

MEE BANDUNG

BAHAN-BAHAN

40 gram perencah Mee Bandung Adabi

9 cawan air

10-15 ekor udang

1 ikat sayur Bok Choy

3 biji telur

450 gram mee kuning

1 tangkai cili hijau dihiris halus

2 biji limau kasturi dibelah 2

Daun bawang dihiris halus

Bawang goreng (Optional)

CARA PENYEDIAAN

  1. Masak air, udang dan perencah Mee Bandung Adabi ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.
  2. Masukkan batang sayur Bok Choy dan telur. Biarkan telur masak dan sedikit mengeras.
  3. Akhir sekali masukkan mee kuning dan daun Bok Choy. Kacau selama 1-2 minit sahaja. Tutup api.
  4. Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang, cili hijau, limau kasturi dan telur rebus.
  5. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

ASAM LAKSA

BAHAN KISAR

1 jari telunjuk kunyit hidup

25 biji cili padi

1 ibu jari lengkuas

3 inci belacan melaka warna merah

3 labu bawang besar

BAHAN HIRISAN

Timun

Daun pudina

Bawang besar

Cili merah/padi

Salad

Kantan

BAHAN LAIN

5 serai – titik

1 senduk cili giling

50 sen daun kesum

20 kpg asam keping

2 bunga kantan dibelah

Segengam asam jawa

1 biji nenas

CARA PENYEDIAAN

  1. Ikan dicuci bersih dan direbus, angkat dan disiakkan isinya.
  2. Tapis air rebusan diguna utk buat kuah.
  3. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain.
  4. Masak dengan api perlahan.
  5. Masukkan gula dan garam.

MASALODEH

BAHAN-BAHAN

2 cawan kacang dal (direndam selama 4 jam)

2 biji bawang besar

2 biji cili merah

2 biji cili hijau

5 tangkai cili kering

2 tangkai daun kari

1 sudu makan jintan manis ditumbuk kasar

Garam dan perasa secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Cincang atau hiris 2 biji bawang besar, 2 biji cili merah, 2 biji cili hijau, 5 tangkai cili kering dan 2 tangkai daun kari.
  2. Kisar kering kacang dal.
  3. Satukan semua bahan-bahan dan gaul sebati
  4. Bentukkan adunan menjadi bulat
  5. Goreng sehingga kekuningan dengan menggunakan api.

MEE GORENG MAMAK

BAHAN-BAHAN

400 gram mee kuning

1 mangkuk isi ayam

1 paket kek ikan

1 ikat sawi

2 sudu besar cili kering kisar

1 sudu besar rempah kari

3 sudu besar kicap pekat

1 labu bawang besar dihiris

3 biji telur

3 tangkai cili hijau

1/2 sudu kecil garam

2 sudu besar minyak masak

Sedikit air

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
  2. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili masak. Masukkan ayam dan sedikit air untuk ayam masak. Masak sehingga air kering dan terbit minyak.
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan kek ikan dan batang sawi. Kacau lagi.
  4. Masukkan mee kuning dan kacau rata dengan api besar. Setelah rata, masukkan telur. Kacau rata sehingga telur bersalut dengan mee.
  5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan daun sawi. Kacau rata. Sebelum dihidangkan, tabur cili hijau. Selamat menjamu selera.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas