Berita

Menyinar di tengah badai

KUALA LUMPUR, 18 Ogos -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.?Beliau berkata kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk pelajar sekolah mulai 1 Sept ini mengikut Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.?-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Diterbit 26 Ogos 2022 4:13 AM MYT

APABILA beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan, pada tanggal 21 Ogos 2021, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan gagasan Keluarga Malaysia yang menjadi panduan dalam menguruskan negara keluar dari konflik politik dan kesihatan serta mencerdaskan semula sektor ekonomi.

Baginya, dengan pendekatan kekeluargaan yang digagaskan itu melalui formula menang-menang dan kesepakatan di antara pihak pembangkang berjaya membangun dan memulihkan negara dengan berkesan sekali gus dapat mensejahterakan kehidupan seluruh Keluarga Malaysia.

Latar belakang beliau dari keluarga susah yang bekerja sebagai penoreh getah menjadikan Ismail Sabri kaya dengan nilai empati terhadap golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar yang sedang bergelut untuk kelangsungan hidup pasca pandemik ini.

Tempoh setahun yang berlalu ini boleh diibaratkan cemerlang atas usaha yang telah dilaksanakan. Asas yang telah dirintis ini akan melahirkan kejayaan pada masa hadapan sekali gus membawa Malaysia keluar dari krisis sejagat. Beliau telah diuji dan nyata Ismail Sabri bersinar di tengah badai. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas