Atlet Wilayah

Menembak hilangkan tekanan

NUR IZAZI galak memburu emas. nUR IZAZI galak memburu emas.
- Diterbit 27 Oktober 2020 7:33 AM MYT

TEKANAN yang tidak diuruskan dengan baik mampu menjejaskan fak- tor kesihatan. Kerana itu, kita disaran men jadikan aktiviti sukan sebagai rutin bagi meng- hilangkan tekanan.

Mengakui kebenaran tersebut, penembak muda, Nur Izazi Rosli, 20, berkata menembak mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat menghilangkan tekanan apabila individu tersebutf okus ke arah sasaran.

“Percayalah, ketika itu kita akan terlupa tentang masalah yang dihadapi untuk seketika. Ia merupakan satu teknik melepaskan geram seiring dengan bidikan tersebut,” ujarnya kepada Wilayahku.

Katanya menjadikan ak- tiviti menembak sebagai rutin bukanlah perkara yang sia-sia memandangkan ia memiliki keistimewaan tersendiri seperti mendidik diri untuk berdisiplin,
fokus serta memupuk minat terhadap aktiviti mencabar.

Mula menembak seawal usia 10 tahun, atlet Wilayah Persekutuan ini memiliki cara yang tersendiri untuk mengekalkan fokus ketika menembak.

“Setiap orang mempunyai cara tersendiri, bagi saya, antara kunci utama adalah tidur yang secukupnya antara tujuh hingga lapan jam, pemakanan yang seimbang serta membuat latihan fizikal untuk mengekalkan ke- cerdasan minda,” ujar pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.

Memecahkan rekod peribadi di SUKMA Perak 2018 dengan pungutan mata sebanyak 623.7, Nur Izazi berterima kasih kepada jurulatih, Lana Hon yang mengajarnya dari kecil sehingga bergelar penembak yang memiliki masa hadapan yang cerah.

“Tanpa tunjuk ajar dari- padanya tidak mungkin saya akan berada di tahap seperti sekarang. Selain itu, keluarga juga memainkan peranan penting sebagai tulang belakang yang memberi sokongan selama ini.

“Keluarga saya sanggup datang ke Perak tanpa pengetahuan saya pada SUKMA 2018 lalu dan pada masa sama, saya turut memenangi pingat emas. Itu antara memori paling man- is yang tidak dapat dilupakan,” kongsinya.

Menyentuh perkembangan terbaharunya, dia kini masih menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil namun masih menitikberatkan latihan dengan m engikuti prosedur operasi standard (SOP).

“Kejohanan paling hampir dijangkakan pada November ini namun semuanya masih tertakluk kepada keadaan semasa,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas