Berita

COVID-19: PKB turun padang tingkat kesedaran orang ramai

ANDI (kiri) mengedarkan poster kepada peniaga di Kampung Baru.
- Diterbit 27 Oktober 2020 7:28 AM MYT

PELBAGAI pihak perlu memainkan peranan untuk membantu kerajaan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19 yang kini telah memasuki gelombang ketiga.

Terbaharu, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menyahut seruan kerajaan untuk berganding bahu dengan menganjurkan aktiviti turun padang dengan mengedarkan poster dan risalah agar warga Kampung Baru.

Penolong Pengarah Komunikasi Korporat PKB, Andi Muhammad Yusuf Andi Maddukelleng berkata, inisiatif tersebut diambil pihaknya untuk bersama-sama dengan kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya warga Kampung Baru.

“Ketika ini, bacaan h arian kes positif COVID-19 agak mem- bimbangkan sehingga kerajaan telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) di Kuala Lumpur.

“Disebabkan situasi semasa, PKB mengambil peluang untuk memberikan kesedaran agar mereka dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan seterusnya dapat memutuskan rantaian COVID-19,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Menurut Andi Muhammad Yusuf, tujuan kempen tersebut dilaksanakan kerana pihaknya hendak memastikan amalan norma baharu dapat dipraktik- kan oleh penduduk dan pengunjung-pengunjung Kampung Baru.

“Disamping itu, dalam kita hendak mewujudkan sifat kebersamaan di antara agensi dengan masyarakat bagi mence- gah penularan wabak tersebut.

“Kita juga mahu warga Kampung Baru dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan seterusnya menjadikan kawasan ini bebas daripada wabak tersebut,” katanya.

Beliau berkata, bagi meningkatkan kesedaran, pihak PKB telah meletakkan beberapa unit bunting yang disediakan oleh PKB dan NADMA selain menggunakan medium penyebaran elektronik.

“Banner dan bunting tersebut di letakkan di beberapa jalan-jalan utama di Kampung Baru serta kawasan yang melibatkan tumpuan orang ramai termasuklah di masjid, surau serta rumah pangsa di dalam kawasan Kampung Baru.

“Selain itu, kami turut memperhebatkan lagi program tersebut di media-media sosial milik PKB agar kempen yang dilaksanakan memberikan kesan,” katanya.

Andi Muhammad Yusuf turut memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan Kampung Baru akan turun padang bagi mengedarkan pelitup muka dan risalah berkenaan dengan kem- pen tersebut.

“Disamping itu, kami juga akan menerbitkan sebuah video pendek mengenai pembudayaan norma baharu yang akan dipaparkan di media sosial.

“Orang ramai boleh menon- ton video berkenaan dengan cara mengimbas Kod QR yang akan diletakkan di banner dan banting,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas