WK2

Melihat kesan puing kerajaan purba

ARCA dan senibina lama yang dipamerkan dibawa khas dari Muzium Nasional Indonesia dan Muzium Nasional Kemboja.
- Diterbit 21 Februari 2020 3:27 AM MYT

MERUPAKAN pameran ulung berkenaan artifak yang mengetengahkan kisah Nusantara, ‘The Lost Kingdoms’ wajar dikekalkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur supaya orang ramai khususnya pelajar dapat menyaksikan kesan-kesan peninggalan kerajaan purba dahulu kala.

JEE YAO

Seorang pengunjung dari Johor Bahru, Loke Jee Yao berkata, pelajar sekolah menengah atau universiti dapat datang untuk mendapatkan ilmu tentang kerajaan terdahu.

Katanya, jika di sekolah atau pusat pengajian tinggi, pelajar hanya dapat membaca atau melihatnya di dalam buku berbanding menyaksikan dengan mata kasar pameran itu Muzium Negara.

“Saya datang pameran ini kerana nak tahu lebih banyak tentang artifak daripada Kota Yang Hilang ini. Pameran ini bagus untuk mendapatkan pelbagai maklumat sejarah.

“Inilah kali pertama saya tahu ada pameran artifak Kota Yang Hilang. Ini merupakan pengalaman yang sangat menarik bagi saya,” katanya.

Menurut doktor berusia 34 tahun itu juga, dia tidak sangka kehadirannya ke Muzium Negara pada 13 Februari lalu membuka peluang untuknya mengetahui tentang sejarah Nusantara serta kerajaan terdahulu.

ELLY

Sementara itu, pelajar Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Elly Roshalysa Fika Mohd. Rosli yang begitu meminati sejarah pula berkata, pameran Kota Yang Hilang itu membolehkan dia dan rakan-rakan melihat sendiri kesan peninggalan kerajaan-kerajaan purba yang selama ini hanya dapat dilihat dalam buku.

“Selepas melihat status kawan di Facebook yang menceritakan tentang pameran ini, saya terus merancang datang ke sini pada cuti semester,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas