Berita

MCA terkilan Annuar dipecat tanpa berunding

- Diterbit 5 Januari 2021 9:54 AM MYT

KEPIMPINAN parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional terkilan dengan laporan Tan Sri Annuar Musa telah dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Dalam satu kenyataan media petang ini, Pimpinan Tertinggi MCA hanya mengetahui perkara ini melalui laporan media dan ianya tidak pernah dirundingkan sesama parti komponen dalam BN mahupun diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

“MCA masih tidak dapat mengesahkan kesahihan berita mengenai penyingkiran Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN.

“Pada hemat parti MCA, sebarang pelantikan ke jawatan dalam BN, ianya perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan BN dan secara konvensinya pencalonan ini haruslah dibentangkan serta dipersetujui secara konsensus di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Begitu juga dengan sebarang pemecatan mana-mana pihak daripada jawatan seperti Setiausaha Agung dan Bendahari Agung BN.

“Setakat ini, MCA masih belum mendapat sebarang notis Mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Maka, tiada ulasan lanjut yang boleh dibuat pada ketika ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat MCA itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas