Berita

UMNO Seputeh terkejut Annuar dipecat…

- Diterbit 5 Januari 2021 9:41 AM MYT

UMNO Bahagian Seputeh terkejut dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Ketuanya Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berkata keputusan Presiden UMNO itu dibuat tanpa perbincangan bersama rakan parti-parti kompenan BN.

“Namun keputusan telah dibuat dan selaku KETUA BAHAGIAN mewakili UMNO BAHAGIAN SEPUTEH mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana telah berkhidmat sebagai SUA BN.

“Teruslah memberi penerangan kepada penyatuan Melayu di tanahair ini,” katanya dalam satu kenyataan media petang Selasa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas