Berita

MCA, MPP Sub Zon 4 Seputeh anjur Kempen Derma Darah

ANTARA penderma yang memeriahkan kempen derma darah baru-baru ini. ANTARA penderma yang memeriahkan kempen derma darah baru-baru ini.
- Diterbit 29 Mei 2022 6:00 AM MYT

SERAMAI 70 orang Keluarga Malaysia telah menyertai Kempen Derma Darah anjuran MCA Bahagian Seputeh dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4, Persatuan Kebajikan & Kemajuan Kuchai Lama.

Penyelaras Program Kempen Derma Darah, Adrian Lee berkata acara julung kali selepas pandemik COVID-19 ini turut mendapat kerjasama Pusat Darah Negara dan seramai 10 orang anggota  kesihatan turun padang bagi mengendalikan program tersebut.

“Ini merupakan antara langkah bagi mencari penderma terus ke golongan sasaran kerana kita memahami terdapat segelintir masyarakat yang mahu menderma darah namun mempunyai kekangan untuk hadir ke mana-mana hospital atau pusat-pusat derma darah,” katanya.

Tambahnya usaha penganjur kini adalah untuk keluar ke lokasi tumpuan ramai bagi mencari penderma dan tidak terkecuali kawasan Seputeh.

“Apatah lagi dengan masuk ke fasa endemik kini Keluarga Malaysia bebas dan mudah untuk hadir di lokasi tumpuan terpilih dan tidak perlu keluar jauh dari kediaman masing-masing untuk menderma darah,” ujarnya kempen yang bermula jam 9.30 pagi sehingga 3.30 petang itu bertempat di Pasaraya NSK, Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Adrian berkata kempen tersebut turut bertujuan membantu Pusat Darah Negara meningkatkan tabungan darah bagi pesakit yang memerlukan bantuan selari dengan ungkapan dari rakyat kepada rakyat.

Usaha MCA Bahagian Seputeh dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 4, Persatuan Kebajikan & Kemajuan Kuchai Lama, Kuala Lumpur ini wajar dipuji kerana membawa fasiliti derma darah terus kepada masyarakat sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas