Berita

Pelihara kelestarian hidupan laut: 5 tukun tiruan dilabuhkan di Taman Laut Labuan

TUKUN tiruan dilabuhkan di kawasan perairan Taman Laut Labuan bagi memulihara kelestarian dan mewujudkan tempat pembiakan baharu kehidupan laut. TUKUN tiruan dilabuhkan di kawasan perairan Taman Laut Labuan bagi memulihara kelestarian dan mewujudkan tempat pembiakan baharu kehidupan laut.
- Diterbit 29 Mei 2022 8:00 AM MYT

SEBANYAK lima tukun tiruan jenis kuboid telah berjaya dilabuhkan di kawasan perairan Taman Laut Labuan bagi memulihara kelestarian kehidupan laut dan meningkatkan sumber perikanan persisir pantai.

Pengarah Pejabat Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata sejak Rancangan Malaysia Ke-11 pihaknya telah menenggelamkan lima tukun tiruan di perairan Taman Laut Labuan dan 10 unit pelbagai tukun tiruan di luar taman ini.

“Kos setiap tukun dianggarkan bernilai RM20,000 dan ia dijangka menjadi tempat pembiakan hidupan dan spesies marin dalam masa beberapa bulan.

“Tukun tiruan ini mencapai hasil dan pelbagai kejayaan yang boleh didokumentasikan, termasuklah kehadiran spesies-spesies ikan gred A yang menjadikan ia tempat tinggal mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Tukun Tiruan di perairan Taman Laut di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, program itu diadakan pada setiap tahun yang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Jabatan Perikanan agar mewujudkan kawasan pembiakan baharu di perairan pulau ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas