Berita

Maut tergantung di pagar pintu

- Diterbit 13 Februari 2021 6:00 AM MYT

SEORANG lelaki tempatan berumur 24 tahun ditemui mati dengan menggantungkan diri dipagar pintu di sebuah kediaman perumahan di Kampung Pohon Batu Labuan, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.35 pagi semalam mengenai kejadian seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri.

Beliau berkata, pasukannya menjalankan siasatan di lokasi kejadian didapati telah mangsa diturunkan dan terdapat tali yang dipercayai digunakan mangsa masih kelihatan tergantung di pagar pintu belakang rumah berkenaan.

“Kali terakhir mangsa dilihat oleh ahli keluarganya pada jam kira-kira 9.30 malam pada Khamis lalu.”

“Pasukan forensik Hospital Labuan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ibrahim, tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui terhadap mangsa. Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat.

” unca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas