Berita

Akaun sulit: Pemimpin PPBM dinasihat jangan keluar kenyataan

- Diterbit 12 Februari 2021 3:07 PM MYT

PEMIMPIN Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta parti-parti lain dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat tuduhan berhubung kontroversi akaun sulit UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di akaun Twitter beliau hari ini menegur pemimpin Bersatu agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Pemimpin BERSATU atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat tuduhan.

“Tindakan tersebut tidak membawa sebarang kebaikan,” katanya

Katanya lagi, beliau yang merupakan Ahli MKT UMNO lebih 20 tahun menjelaskan bahawa UMNO tidak pernah membuat keputusan untuk membuka akaun rahsia atau sulit.

Dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu dibuat oleh pihak pendakwaan dalam saman sita pelucutan harta berkaitan 1MDB oleh kerajaan terhadap Obyu Holdings.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinghi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menyiasat dakwaan yang dibuat di mahkamah bahawa UMNO mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit yang melanggar Akta Pertubuhan. – AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas